Pages

Friday, March 9, 2012

Mesra Alam

dah lama aku x update blog aku ni...
start kene g kursus, balik kursus dah kene wat persiapan Hari Terbuka PJK plak, x cukup2 masa disebabkan lina dah cuti bersalin.. so fokus aku kat PJK lbh la
sian anak2 & suami, nasib diorg memahami... stresss teramat2 time tu, 
abis HT kene plak lyn report2 bagai, ngn freelance aku yg customer dah dok bising nak cpt... ngn cls latihn 1 m'sia lg
stress kethp max gak la. tp aku cuba setle satu2 ngn tenang bru leh setle
pagi jumaat yg sejuk ni la baru aku dapat rasa ketenangan tu, sbb smuanya hampir setle segala bagai kerja...

cuma pagi ni aku nak ctr bab alam semulajadi, kehkehkeh dah mcm topik dak2 sek plak.. semalam ptg aku lemah ckit semangat akibat terkejut bila anak ular kat grill pintu PJK,
 jatuh depan mata.. terkejut gile.. mood pun dah terbang ke mn ntah.. xde mood nak keje, rs nak balik je... ptg sblm balik at2 aku singgah pjk, tgk monyet berpesta plak kat pjk aku, wat sepah je la monyet2 ni...
tu ctr smlm, pg2 tadi lps subuh gerak balik adela, rumah jiran yg x perpenghuni tu, ada 2 ekor kambing sesat.. mn dtg ntah... best je dia lepak2 kat branda rumah tu, lg2 time ujan2 ni...
dan ctr last aku melibatkan binatang2 ni adalah katak... sbb ms e.somi nak mandi dia ckp ada katak dlm toilet, aku x peduli... mesti buang jgk katak tu, mula2 dia kata biar je la, byk la.. aku mn leh tgk bende2 mcmtu.. kang x psl2 ada yg pengsan dlm rumah tu...
aku saje je letak gambo2 cartoon.. xleh aku tgk gambo btul.. seram sejuk nnti aku

 tp di pagi jumaat ni bersamaan 16 Rabiul Akhir 1433 H aku cuma nak kongsi

DOA KESELAMATAN DIRI DIJAUHKAN DARI PERKARA BURUK: BOT KARAM-KECURIAN-SERANGAN MUSUH

Surah Al-Mu'minun 
1. Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.


Surah Al-Mu'minun: Ayat 28


2. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau.

Terjemahannya:

Ayat 28:
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim."

Wasallam.